Isnin, 30 Disember 2013

Salam perkenalan dan ukhuwah yang berpanjangan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh para pembaca,

Segala puji bagi Allah atas nikmat iman dan Islam,selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhamamad saw atas segala rahmat dan syafaat baginda ke atas sekelian umat manusia dari dunia hingga ke akhirat kelak.

Alhamdulillah,di ambang 2014 ini terasa terpanggil untuk menulis dan berkongsi dengan teman-teman segala pengalaman dan kebaikan yang mungkin lebih berdasarkan kepada pengalaman peribadi,yang dipelajari daripada guru-guru dan insan-insan yang saya pernah temui.Semoga ruangan ini boleh menjadi medan untuk kita bertukar pandangan dan pendapat atas setiap kebaikan dan maklumat-maklumat yang baik,ilmu serta rahsia Allah yang tersembunyi di sebalik kewujudan insan.Semoga Allah membuka jalan untuk kita mengapai keredhaanNya kerana hidup kita hanya untuk mengharap redha dan keampunan dariNya.

Salam perjuangan dari saya,hidup biar bermaruah.Tingkatkan jatidiri dan kenali dirimu maka kamu akan kenal Tuhanmu.

Saudaramu;
H. Wan Abdillah Ahmad As-Seggaf,
Sarawak.